Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ketika
cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa
tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya
untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA
atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu
kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana
hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada
ALLAH..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)
"
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan
orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki
dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan
memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )
"
Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
"
Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk
menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan
memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk
menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai
penahannya." ( Hadis )
" Dan janganlah kamu mendekati
zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu
jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )
Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan
kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana
menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk
menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu
halus dan menyelusup..
Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana
hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu
hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan
membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana
tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi
sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al
Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )
" Wanita-wanita yang
keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik
adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu
bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi
mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana
hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang
tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada
waktunya..
" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~
No comments:
Post a Comment